Masa Lalu Itu

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::




Kadang-kadang sangat teringat pada zaman kecil-kecil dulu..
Rindu pula berkeadaan comot.
Bertudung senget.
Berat badan pun hanya dalam 30++ saja..
hehe.. ringan sangat.
Setiap pagi pergi sekolah dengan Leroba ofis abah.
Kami duduk di belakang .
Kalau driver bawak laju, kusut la rambut. haha.
Tapi tidak pernah kisah pun.
Sebab masa tu tidak tahu melawa lagi.

Sekolah rendah sudah diajar duduk berasrama.
Mungkin rumahku agak jauh dari sekolah.
Aku tidak kisah.
Dan bukan juga jenis yang manja mahu duduk di rumah.
Hidup berasrama mengajar tentang berdikari.
dengan warden yang memang garang (Cikgu Rasul) +(Teacher Rosmawati) .
memang sangat takut pada keduanya.
setiap subuh beratur mahu ke surau besolat jemaah..
ahh..
rindunya suara azan rakan.
sudah lupa pada namanya.
berimamkan warden yang tidak pernah melupakan tanggungjawabnya.

Alhamdulillah.

Tetapi akibat terlalu mengantuk sujud terakhir adalah sujud yang paling lama.
haha..
Selesai doa dan wirid baru bagun untuk tahiyat akhir.

Teruk.

Pernah juga menjadi solo untuk bernasyid bersama yang lain di asrama.
Kenangan paling indah.
Banyak nasyid yang dilagukan.
Sangat indah berada di sekolah dan asrama.
Setiap hari makan ikut jadual yang ditetapkan.
Tapi tidak pernah bosan.

Hidup di asrama
Basuh baju sendiri.
Ada yang rendam baju samapi 2 , 3 hari.
Oppss.. memang pernah buat.
Sampai cikgu jumpa dan tayang pada semua..
waaa.. sangat memalukan.

Pernah juga dirotan sebab bermulut celupar.
Mencarut.
Berkata yang tidak senonoh.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
Itu adalah kali kedua.
Yang kali pertama abah rotan dengan tebu sebab terdengar
abang berkata bukan-bukan.
Jadi semua kena.

Zaman itu terlalu lama untuk aku kenang.
Rindu untuk berada pada masa lalu
yang sememangnya tidak kenal erti hidup yang sebenar.
Kini telah dewasa.
Pengalaman lalu memang banyak mengajar
untuk menjadi insan seperti sekarang ini.

Alhamdulillah.



PleaseTakeNote:Kepada cikguRasul danTeacherRosmawati,tahniah kerana sudah ada tiga anak.pastinya mereka sangat bertuah kerana memiliki kalian.

2 comments |
  1. ha, berikut merupakan komen saya.

    1. bukan kak akma pakai tudung ke masa kecik2...?naik dgn abh, tak pakai tudung ye..!

    2. la tau ape yg abg kak akma ckp, smp kene pukul dgn tebu!hehe

    3. rindu zaman dulu kala ye..!

  1. 1: k.akma pakai tudung masa darjah 5. tu pun sb nak msuk asrama.

    2: Astarfirullahala'zim

    3: um . Sangat rindu. nanti bila tua rindu zaman muda pl haha

Popular Posts

Total Pageviews

Lihat! Ini Saya Lagi.Fb!

TentangCikQemaManis

My photo
~CIk Qema!~ Jalan Lenggang-lenggok!

Cari Jangan tak Cari

banner 1 banner 2