~Nak tahu apa Doktor kata pada ku?~

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

Awal minggu.

Kepala sangat sakit.

Seperti berada di tengah-tengah gelap yang sangat berat.

Penuh dengan debaran. Kecelaruan. Resah. Sedih dan Terhenti. Tersangkut oleh apa saja dalam bayangan.

Kesakitan itu kian menikam mataku. hampir keseluruhan pandangan menjadi tajam.

Emosi.

Keluh mengeluh tentang kesakitan ini.

Aku kah ini?

mungkin.

Berat sangat memandang mata doktor.

Tidak mahu rasanya mencium bau ubat.

tidak mahu teremosi oleh kesakitan semua yang ada di kerusi menunggu sebelum meluahkan kesakitan kepada doktor.

ahh..

benar aku tidak mahu..

tapi , tetap terpaksa akur jua.

Atas nasihat mereka yang sayang padaku , mata Dr.Sarojini ku tatap lemah.

tika itu kepala masih lagi berdenyut-denyut.


pernah Gastrik?
erm..pernah..tp dah lama ok.

Bila last gastrik?
3 tahun lalu..

mak ayah ada kencing manis
darah tinggi ?
of course not!

Pernah Migrain?
eh.. saya memang tak pernah migrain.


Sekarang sakit kepala yang macam mana
sakit dan bukan pening. serta sakit di bahagian belakang mata. semalam sebelah tapi hari ini dah jadi dua belah.

Dr.Sarojini kemudian memasukan sesuatu kedalam telingaku.
Katanya demam biasa saja. Kemudian dia memeriksa tekanan darah.
emm.. aku terlepas mahu bertanya tekanan darah okey atau tidak.
Memandangkan dia tidak bersuara, pastinya tekanan darahku normal saja.

Alhamdulillah.

Mungkin .

-Mungkin awak ada migrain. tapi tahap rendah. biasanya bermula dengan tekanan dan cara pemakanan yang tidak teratur. Dinasihatkan supaya anda mengamalkan senaman plus pemakanan yang teratur dan kurangkan stress anda. kawal emosi. kadang-kadang awak perlu lebih gembira dan lebih bercerita kepada kawan-kawan..
then i give u a medicine , makan ikut jadual okey.


Aduh.

Memang betul juga.

Masalah jangan difikirkan sangat. luahkan kepada yang tepat.

Yang pasti atasi masalah dengan cara yang bijak.

serta lakukan senaman!

Dan apa lagi.

Kasut sukan sangat cantik telah anda miliki. jadi majulah sukan untuk dirimu dan masa depan!

Hindarkan segala konflik!

PleaseTakeNote:Hidup ini Indah bila fikirkan Indah!

4 comments |
  1. mari berjogging bersama.

  1. kak maa...
    pk ape yg bnyk sgt ni smpai dpt penyakit ni.... igt x dlu time study sy prnh jd gni... igt x DR ckap ape... awk stress sgt... heheheh... jd... mulai skrg ceria2 sllu k... xyah la pk bnde yg bkn2 sgt... k... kesihatan kena jage...;))

  1. miss lala: jom setipa hari ahad nak?sampai wangsa maju.. ! haha

    shasha: ehehe.. ni yang biasa sj migrain.. tensenkerja kot.. byk yg pk..haha.. ok lah i ikot nasihat u eh.. hehe

  1. baek! mari kite jogging SETIPA ahad!haha

Popular Posts

Total Pageviews

Lihat! Ini Saya Lagi.Fb!

TentangCikQemaManis

My photo
~CIk Qema!~ Jalan Lenggang-lenggok!

Cari Jangan tak Cari

banner 1 banner 2