Sekuat Hati Kecilku~

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::



Entri yang merentasi arus masa lalu.

Teringat pada kekurangan yang lalu.

Kekurangan yang telah menjadi pencetus segala hingga kini.

Berjaya membawa aku ke lembah emas.


Telah menjadi tanggungjawab khalifah memenuhi ilmu di dalam dada.

Jadi telah ditanam dalam diri bahawa kejayaan

pasti dalam genggaman walaupun tidak mungkin bagiku.

Walaupun jauh dan payah untuk aku nikmati.




Dan aku telah sabar dan tabah.

Aku telah mengabaikan kesedihan dalam kekurangan itu.


Ya dulu pernah,

terjatuh dan tertinggal kerana kegagalan.


Sangat kecewa.


Rakan-rakan yang berlumba-lumba

menerpa kejayaan bersama telah sampai ke kemuncak kehidupan kini.

Mereka berjaya menawan kebahagiaan.

Walaupun aku percaya cabaran mereka pasti lagi kuat bagi mereka.



Pasrah

Demi menjadi yang terbaik persedian

fizikal dan rohani selari pada masa itu.

Hidup dalam keamanan.

Setiap hari cuba

memadam setiap kekurangan dengan senyuman.



Aku rela ketika itu

Berada pada yang paling bawah.

Menjauhkan segala hinaan serta menanamkan semangat diri .



Aku kuat pada masa itu.

Demi menjadi contoh adik-adikku.

Walaupun aku lemah pada dasarnya.

Aku Sunyi.

Tapi aku tempuhi dengan kasih Sayang dariNya

yang tidak pernah putus.

Aku berjalan sendiri.
Tanpa bantu arah.

Bagiku kehidupanku adalah ketentuanku sendiri.

Kenapa harus orang lain.



Aku rindu semangat itu.

Penuh yakin dan bijaksana

tapi kini seperti perlahan hilang.


Aku berjalan terus tanpa henti.

Dan tetap bermohon untuk

tetap tinggal pada kekuatan rasa itu




PleaseTake Note: CahayaKesempurnaan.

0 comments |

Popular Posts

Total Pageviews

Lihat! Ini Saya Lagi.Fb!

TentangCikQemaManis

My photo
~CIk Qema!~ Jalan Lenggang-lenggok!

Cari Jangan tak Cari

banner 1 banner 2