Kelantan si Kijang Emas!

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


Wah! terharu
Akhirnya kelantan membuktikan kejuaraannya pada tahun 2010 ini dengan memenangi Piala Malaysia semalam.
Dendam terbalas setelah lama menunggu. Pada mulanya Negeri Sembilan mendahului namun itu sekali kali tidak mematahkan semangat kijang emas ini. Gol penyamaan dijaringkan pada minit ke 57 oleh Norshahrul idlan Talaha dari sebelah kanan gawang lawan terus mendapat tandukan padu oleh Hairuddin . Oh.. satu perasaan yang sungguh best pada masa itu. Cantik sekali.

Gol kedua pula dirakamkan apada mini ke 64. Dimana jaringan pertama itu telah menaikkan semangat pemain.

Sungguh terharu pabila melihat aksi-aksi tersebut. Akhirya 4 minit tambahan masa diberikan si kijang emas masih berjaya mendahului.

Walaupun tidak berapa menyukai bola tapi hambatan semangat dan aura yang terserlah oleh rakyat-rakyat Kelantan berjaya memikat hati untuk menonton perlawanan ini.

Seringkali rakyat kelantan disinonim kan dengan keganasan serta budaya vandalism.
Bukan begitu mencerminkan masyarakat kelantan kepada masyarakat luar. Masyarakat kelantan itu sendiri adalah yang berpengetahuan, bijak, sopan serta beperketi mulia. Walaupun kaya dengan semangat kenegerian ataupun asabiah tapi itu merupakan semangat yang perlu kita contohi.

Namun masyarakat kelantan juga haruslah menyedari bahawa adab sopan dan tata susila haruslah selari dengan budaya masyarakat luar. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.


Hadiah Untuk Sultan Baru Negeri Kelantan.

JUARA KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin (Akmal Rizal Rakhli), Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Zairul Fitree Ishak, Nor Farhan Muhammad, Badri Radzi, Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha (S. Chanturu), Hairuddin Omar.


0 comments |

Srikandi Cintaku~

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

Srikandi Cinta Ku

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Tercsiptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku


2 comments |

Saya Mahu sihat selalu *-*

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

Taman Tasik Tititwangsa
Alhamdulillah.
Diri bergumam sendirian ketika turun dari kereta Cik Hasila, kaki melangkah ke tempat yang baru pertama kali dikunjungi. Taman Tasik Titiwangsa. Jauhnya hanya lebih kurang 5minit dari Taman Setapak Indah. Ramai juga dilihat masyarakat setempat berkunjung ke taman itu hanya untuk mengeluarkan peluh dan ada juga yang hanya membawa bahan bacaan untuk membaca.

Pendapatku, ramai juga rakyat malaysia yang mula menyedari betapa pentingnya kesihatan.
Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan badanku berasa nyaman berada di situ. Luasnya. Dan cantik. Aku hanya bersorak riang bila melihat terdapat alat senaman secara insitu. Wah ini memang tempat yang menarik. Playground turut disediakan untuk kanak-kanak bermain di situ bersama keluaraga.

Kata Cik Hasila, mahu membuat Warm-up di hadapan sebuah sign-board yang bercermin sederhana terang. Oh, ada juga ke? Katanya lagi sign-board itu membuatkan kita nampak langsing dan kurus. Sekaligus memotivasikan diri untuk menurunkan berat badan. Dan ternyata, ulah Cik Hasila itu ada benarnya. Kami ber Warm-Up di situ juga~ aku bersemangat sampai terjatuh.

Kemudian kami berlari dengan langkah yang perlahan dan teratur. Dinasihatkan semasa ber- jogging pernafasan haruslah betul supaya udara yang dihirup sampai keseluruh anggota badan. Bernafas dengan menggunakan hidung dan menghembusnya dengan menggunakan mulut.

Hampir beberapa minit~ aku hampir terhenti-henti. Cik Hasila maju meneruskan larianya sekadar berlari perlahan Oh, ramai juga yang ber-jogging sampai larian tersekat-sekat. Akhirnya tamat juga larian. 90% daripada 1 pusingan. Hebat. Luasnya tempat ni.

Kami mencuba beberapa peralatan senaman insitu di situ. Seronok sekali. Kerana berebut rebut dengan pengungjung yang lain. Ah yang penting aku dapat. Kami tergelak-gelak. Hampir satu jam, kami sudah berpeluh. Mahu pulang dan tidak lupa untuk warming down. Berjalan pulang ada pula yang mengurat. Kali ni bukan aku yang kena tapi cik Hasila. Tergelak* seperti biasa kami buat tak tahu saja dan pandang depan terus. Lucu*

Kalau boleh, setiap minggu mahu ke sini. Bukan apa, cuma mahu sihat saja. Biar badan berstamina dan sihat. Jauh dari kesakitan yang tak diundang. Supaya diri boleh menjalani ibadah harian. Supaya diri tidak lalai menjalani tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Tapi diri hanya mampu berserah.


PleaseTakeNote:
Firman Allah:
"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu)
yang bermacam-macam warnanya,
di dalamnya terdapat penawar
yang menyembukan bagi manusia"
Surah An-Nahl Ayat 68-69.




0 comments |

Hari-hari senyumlah.

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


Sungguh! Cubalah tersenyum walau berdepan masalah dan hati tidak senang.
Kerana, senyum menyelamatkan kita dari rasa kebencian, tidak puas hati.
betul kan?

0 comments |

Maju setiap Hari

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

Selesaikan persoalan dalam dirimmu Nur Akhmal.
Selagi masih sempat. Lakukan hanya yang terbaik pada masa genting ini. Hanya dirimu yang mampu merubah segalanya.
Abaikan yang remeh. pentingkan yang perlu...Kamu mampu!

0 comments |

SelamatPengantinBaruSitiShahidaIdris

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


Bertuahnya badan bila berkahwin pada tarikh yang cantik. 101010~
Masuk kali ini sudah dua majlis khawin telah dihadiri. Ohh.. yang satu lagi di Tampin Melaka.
Tapi kali ini cuma di Au3 saja. Majlis tetap sama meriah. Yang pasti sanagt seronok melihat kawan telah menamatkan zaman bujang . Terharu bila pengantin lelaki sebak dada bila majlis merenjis di pelamin. Ohh.. apakah perasaan itu? Susah mahu digambarkan. Jawabnya kenalah merasa bersanding sendiri . =)

Dan ini lah peneman saya. Thanks William and Alice!

0 comments |

Teman Kenduri Khawin

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::



Tahu tak? Tidak pernah pergi majlis khawin denagn buah hati..~ sedih juga. oh, tidak mengapalah sebab punyai alasan yang kukuh di situ.~Jauh~
lagipun jumpa pun jarang sekali.
Amat terasa pula bila hari ini ada majlis kawan (Shida) melangsungkan majlis perkahwinan di keramat Au3. Kebetulan Cik Gzehan pula mau ke Ipoh Perak. Oh, lagi cik Lala mau di rumah saja berikutan semalam telah bekerja pada hari sabtu. Dan saja lagi, Cik Siti pun kena menduduki peperiksaan midterm. Ohh..siapa lagi ya.. Mohd Hilmi terasa amat jauh untuk menamani. Tapi kalau dekat bisa kah?
Siapa lagi mahu menamani.
Mana ada orang pergi kenduri sendirian .. sedih benar begitu.

0 comments |

Popular Posts

Total Pageviews

Lihat! Ini Saya Lagi.Fb!

TentangCikQemaManis

My photo
~CIk Qema!~ Jalan Lenggang-lenggok!

Cari Jangan tak Cari

banner 1 banner 2