Kelantan si Kijang Emas!

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


Wah! terharu
Akhirnya kelantan membuktikan kejuaraannya pada tahun 2010 ini dengan memenangi Piala Malaysia semalam.
Dendam terbalas setelah lama menunggu. Pada mulanya Negeri Sembilan mendahului namun itu sekali kali tidak mematahkan semangat kijang emas ini. Gol penyamaan dijaringkan pada minit ke 57 oleh Norshahrul idlan Talaha dari sebelah kanan gawang lawan terus mendapat tandukan padu oleh Hairuddin . Oh.. satu perasaan yang sungguh best pada masa itu. Cantik sekali.

Gol kedua pula dirakamkan apada mini ke 64. Dimana jaringan pertama itu telah menaikkan semangat pemain.

Sungguh terharu pabila melihat aksi-aksi tersebut. Akhirya 4 minit tambahan masa diberikan si kijang emas masih berjaya mendahului.

Walaupun tidak berapa menyukai bola tapi hambatan semangat dan aura yang terserlah oleh rakyat-rakyat Kelantan berjaya memikat hati untuk menonton perlawanan ini.

Seringkali rakyat kelantan disinonim kan dengan keganasan serta budaya vandalism.
Bukan begitu mencerminkan masyarakat kelantan kepada masyarakat luar. Masyarakat kelantan itu sendiri adalah yang berpengetahuan, bijak, sopan serta beperketi mulia. Walaupun kaya dengan semangat kenegerian ataupun asabiah tapi itu merupakan semangat yang perlu kita contohi.

Namun masyarakat kelantan juga haruslah menyedari bahawa adab sopan dan tata susila haruslah selari dengan budaya masyarakat luar. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.


Hadiah Untuk Sultan Baru Negeri Kelantan.

JUARA KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin (Akmal Rizal Rakhli), Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Zairul Fitree Ishak, Nor Farhan Muhammad, Badri Radzi, Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha (S. Chanturu), Hairuddin Omar.


0 comments |

Popular Posts

Total Pageviews

Lihat! Ini Saya Lagi.Fb!

TentangCikQemaManis

My photo
~CIk Qema!~ Jalan Lenggang-lenggok!

Cari Jangan tak Cari

banner 1 banner 2