Anak malas

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

 Assalamualaikum


Oh hari ni pantang dah masuk hari ke 30++ .. aku malas nak kira oih. 34kut ehh.. yang jadi macam tu sebab aku tak pantang sangat ha. Makan je mana-mana yang ada kat rumah ni. Padahal boleh je aku nak bakar ayam ke ikan ke. Tapi tak sempat sempat aku nak masak sendiri pun. Baby pun tak boleh duduk sorang dia macam tak best bila tak ada orang kat tepi. Hmmm

Yang aku nak cerita hari ni bukan bab pantang kali ke 5 aku tu. Bab  anak anak yang dah besar bejala ni. Sekarang kan musim covid, so belajar pun pdpr laa. Since pdpr 1.0 atau pkp 1.0 lagi dorang dah mula malas nak buat kerja sekolah. Malas tu tak boleh nak bincang. Nampak sangat tak ada hati nak buat. Kenapa ya. Aku kadang kadang tu frust sangat. Dalam group tu ada satu dua orang murid konsisten buat kerja yang cikgu suruh. Semua buat. 😑. Tapi anak anak aku ni siap muka masam muka tak puas hati bagai. Allahuu. 

Memang lah aku ni suri rumah. Bukan tak ada masa. Tapi sejak baby lahir aku memammng tak sempat nak ajar dah. Bila ajar dia siap pakej rotan dan marah baru jalan. Kalo tak 1subjek mau 3jam baru siap.



0 comments |

Nak stat balik?

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

Dah banyak kali hati aku koyak. Aku rasa tahun ni banyak sungguh dugaan . Tahun ni jugak lah aku tengah mendaki sebuah bukit kejayaan. Tapi akan berjaya ke aku sampai ke puncak kalau begini lah caranya ?

Aih xreti aku nak stat penulisan dalam ni. Lama sangat dah aku tinggal. Lebih kut 10 tahun. Lama sungguh. Tetiba malam ni aku terpanggil nak menulis. Alahaii. Canggung nya rasa. 

Kadang-kadang terfikir jugak macamnana laa kawan-kawan lain buat cerita harian dalam FB tu..dah macam diari harian. Tak malu ke haa. Hahhaa 
So aku pun sekarang ni OTW jugak laa nak menulis macam macam hal aku dan dunia aku ni. menulis kat sini sekurangnya terapi bagi aku . Hal sedih hal sakit hati boleh laaa aku hamun kat sini je. So tq blogger . Kihkihh

Balik hal atas yang mula mula tadi. Aduhaii dah tua tua ni hati memang mudah rapuh laa weh. Aku ingat aku laa wanita hati kental dan cekal dalam apa jua situasi. Tapi malangnya aku kalah. Aku kalah emosi. Sebab tu lah aku tewas sampai boleh menulis kat sini. Kesian la Kat aku ni. Baik kut aku ni. Korang buat aku macam tak ada perasaan . Allah sahaja laa mampu membalas semua tu. Aku redho je lah.


0 comments |

Yang lama itu indah

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

Assalamualaikum! hai lama benar rasanya tak update apa2 kat blog ni.. padahal, tau tak hari2 cq bukak blog ni.. hehe.. bukan apa cuma follow je citer2 yang best yang cq follow seblum ni.. kadang2 bila baca blog dorang mmg best. leh tau itu ini. So x dinafikan lah bila membaca ni meluaskan pandangan dan pengethuan. Betul dop?
tau x macam ner bleh ader mood nak updates ni. sebab dah lama x buat keja lepak2 dalam bilik sendiri. Ye lah asyik tgk astro je. Padahal xder pekdah pun. Aiiyyakk.. ehhe.. sambil tulis2 ni boleh dengar lagu jiwang karat yang ever lasting cq suka!! oppsss! IKLIM pulak tu.. sedap sungguh. hihihii.eh ..eh.. ada sebab kenapa lagu2 jaman dolu2 ni everlasting.. nak tau..? ce try tgk perati lirik dia.. anda akan temui yang tersirat dan tersirat. Dan dia bukan hanya sekadar lagu rock kapak yang ntah apa2. Rock kita bukan stail omputeh yang 100% merapu meraban sesat. Kerana kita yang lama adalah yang sebenar2nya perasaan kesenian dan keimanan.
Benda ni cq dah perasan lama since dari universiti lagi.. manakan indah cinta kepada manusia boleh mengatasi cinta rasul dan tuhan Esa? cari dan gali lah lagu2 lama, byk yang membawa kita kepada kesedaran dan ianya adalah kenyataan dan peringatan kepada kita semua.



yola!
enjoy!

1 comments |

hihi.. tetiba teringat pule.

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


Teringat pula time mula-mula kenal dan berdating. oh. **Malu** memang ada.
Jumpa pun jarang-jarang sebab masing-masing berada jauh.
Tersenyum lagi.
Orang kata bila dah bercinta dunia macam kita yang punya sampai ignore kat semua orang.
Gitu eh..? Cq dah rasa pun. time tu M.H.a nak hantar Cq kat stesen bus yang mana masa tu Cq nak bertolak balik ke Kedah sebab sambung sem. Maklum lah muka pagi. Berseri-seri apatah lagi dah janji nak jumpa dengan dia.

**time neh Cq dah ada kat dalam bus. hihii..sempat snap pic m.H.a~**

**tak sedar**

Bila jumpa macam kembang mekar je bunga dalam hati... aww.
hihi.. borak pun senyum-senyum.. borak kosong je. Ntah apa dan lupa.
Bila bus datang, Cq terus naik bus tanpa check ticket kat depan pintu bus. cari tempat duduk dan terus duduk. M.h.a yang hantar duk kat tepi bus 2. sunguh langsung x sedar yang ada mata memandang gelagat kami.. bila bus jalan, pakcik tu sound 'kamu neh asyik bercinta sampai x nampak org kiri kanan ke?' oh.. sentap la jugak. Baru sedar yang bus tu stuck lama sebab tunggu sorang lagi penumpang tak cukup. Padahal penumpang ah ada dalam bus. haha! adoi.. malu pun ada.. geram pun ada..


0 comments |

Status: Dh kena Risik.

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

Wah.. rasanya dah berbulan-bulan cq x update apa-apa kat blog ni. Banyak je idea nak tulis tp macam busy sangat dengan rutin harian. u ols sume sihat ke?
opss. .. baca title kat atas tu macam best je kan, betul ke,, maksudnye memang betul lah cq dah kena risik oleh mha pada hari raya ke3 bulan syawal ari 2..

Ni bila dah kena risik maksudnya dah ada yang tanda-tanda gitu. Kalau ikut adat bila dah dirisik disusuli pula dengan bertunang. **EWAH**
selonoknye!! ehhee.. al-maklum lah kami ni kan dah laammmaaa sggtt bercintan cuma makan me cintan sekali pom blom lagi . haha

Time merisik tu ada dua buah famili yang datang.. eh?
sape pula yang nk risik aku neh .. yang aku taw hny MHA di hati **wahh! waahh!!**
dorang dah le datang awai2 pagi.. takot gak aku.. mmg x kenal weyh!
Nasib bek famili MHA x datang lg masa tu.. bila abah duk tny apakah gerangan anda semua bertandang ke teratak beta ini, maka odrang pom gtau.. **jenngg.. jengg**
kami nk dtg kenal2 keluarga en.Mat Hatta la.. memandangkan anak kami duk berkawan-kawan dgn anak en.

alamak.. bila masa plak aku menduakan si MHA neyh.. cpt2 aku text dia..
abg kat mana dah?
dia reply.. otw..
mmg sah bukan famili MHA..
aduss.. caner neyh!!

lalu abah pom bertanya.,
anak yang mana satu?

***

oh asmat

kwang3!
cq malu sendiri. opss perasan lebey lo..
hihii.. ingatkan sape laa tadi kan.. rupa-rupanya adik aku pny kesayangan lah..
tapi x bleh blah sb dah potong aku.. hahha!!

dah tengahari sikit famili MHA pom sampai..
dorang dengan dua buah kereta..
cq pun x reti nak handle mjlis ni caner.. sb cq org pertama nk kawen neyh..
abah n mak bukan main happy lagi nak dapat menantu.. **woow**
cakap sikit2 pastu jamu makan lah..
cq plak yang x lalu makn sb gabra..hihi..
beransur petang famili MHA pom dah nk balik
Tp seblum balik MHA sempat keliling umah tgk itu ini.. xtaw dia cari apa.. haha!

Rugi sgt sb x sempat nk snap the pic with dorang.. huhuu.. jadinya pic time merisik xder lah..
yang paling best cq dapat kain pasang~ biskut comel~ dan sebaginya..

cincin..?
cq dah dpt lama.. hehe

0 comments |

Selamat Hari Lahir Hasila!

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

oh terlupakah?
patut lah bila tengok date kat PC office hari ni macam ada yang tak siap je.
Nak balik tadi pun macan tak sedap pandang bila tengok time n date kat PC.
Oh, bila pulang ke rumah barulah terperasan bahawa sesuatu yang penting telah tertinggal oleh aku

Masa tu mula gelabah nak cari Hp. cari nama "LAmanje@celcom" oppss.. tiada? how come? haahh! baru teringat aku dah tukar HP dari beberapa hari lalu. Langsung tidak menyalin nama-nama lain dari sim card asal. oh.. bila cari balik HP lama, nak on tapi tiada sim card pula. Aduhai.. memandangkan time dah hampir berbuka, aku tidak jadi meneruskan. Hanya sempat on Broadband dan terus taip HAPPY BIRTHDAY di laman Facebook puan Hasila. uhh.. time tulis tu.. rasa macam tak guna sangat. macam mana boleh terlupa tentang tarikh penting sahabat yang dulu susah senang bersama. Aku memang rasa bersalah pula.

Yelah sejak Puan Hasila berjauhan kami dah jarang contect. tak rindu ke? rindu. Tapi rasa macam penyibuk pula nak text msg kat Hasila sebab dia pasti selalu bz. Aku pula jarang bertanya tentang itu ini perihal pregnant puan Hasila. Terukan? huhuuu..

Sebenarnya bukan tidak mahu. Memanandangkan setiap hari aku sarat dengan maslah harian . Kadang mereka yang jauh dari radar kehidupan terabai begitu sahaja. Jadi tak hairanlah bila aku lupa dan terlupa.

Jadi , Hasila, k.akma minta maaf sebab tahun ni lambat wish for u as a sister. Jauh di lubuk hati selalu terkenangkan zaman kita di menara gading dulu. itulah kenagan paling manis antara kita. Yang tidak boleh lupa.

xnak ketinggalan mendoakan LA kat sini supaya La sentiasa menjadi yang pertama dan terbaik dalam hidup. Bahagia bersama Suami tercinta, bersama anak-anak nanti. Senyum selalu yeh!


Words for u HASILA..
La yang bawa lebih banyak kegembiraan dalam hidup k.akma sebelum sesiapa lain mengenali k.akma
la juga memotivasikan semua yang k.akma terkecewa
La sentiasa ada walaupun yang lain tak kenal pun siapa k.akma
La menyokong k.akma dan hanya La yang berbangga dengan k.akma
Hanya La yang menerima k.akma seadanya
Hanya La kawan k.akma dunia Akhirat
Dan Sampai bila-bila k.akma tidak akan pernah melupai kamu
Walau setua mana pun kita nanti k.akma harap segala kenangan kita dulu akan kekal terpahat dalam hati.

La.. ingat lagi tak pic pic ni..

Pic neh time Aku dan Hasila buat bengkel kat Trong Perak. Dalam hutan. hehe.. time org bagi arahan ktorang duk snap snap dan snap lagi.. hehe.. x pernah puas snap.. lantak lah orang nak kata ap pun. Masa tu mane laa ader duet nak beli Cam Digital ke DSLR ke.. hehe,, pkai Hp je.. cantik jugak.. kan La?


kan ke kita neh dah macam adik beradik . hehe.. nampak sangat aku kakak.. hehehee..


Hihiii... pic neh ktorng malu nak lompat banyak kali sebab ramai yang pandang. Last-last sekeping neh jugak yang jadi.. hhahaa.. lucu tul pic neh..La jatuh dulu.. La tunjuk K.akma.. hihiii..

comelnye time anak dara dulu kan kann..
Aku dengan baju pinjam dan tudung pinjam.. time neh kursus protokol kat hotel UUM yang baru bukak. Sedap giler masakan dia. Almaklumlah, jarang makan hotel hihiiiii..


ni dah grad. time neh ktorang duk kat dewan kedua .. tgh tgu giliran nak masuk dewan MAS... lala kat hujung yang pertama.. aku pulak kat hujung.. hihiiii..mane leh bagitau.. yang penting time ni je aku n La x leh nak snap snap macam selalu. sebab? kena duduk jauh jauh.. huuhuuu... sedih.. muka aku memang monyok .. tak puas hati dengan diri sendiri.. hahaha!



Sayang Hasila

0 comments |

Giler sedih malam neh :(

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


****Cik Qema&Mha********Cik Qema&Mha********Cik Qema&Mha********

Bye-bye kamu yang best!


Sedih memang sedih bila Mha Cq dah berangkat pulang ke Kelantan lewat jam 930 tadi.. Mha tak bagi Cq hantar dia sebab nanti dia kata nanti Cq asyik duk cakap sedih sedih n nanti payah dah nak jumpa.

etulah yang kali ni memang terasa sedih sangat sebab tak tau kenapa. Padahal kami bukan banyak menapak macam dulu pergi sini sana lagi. Kalau dulu ada jer masa nak pergi Masjid Jamek lah AmcorpMall lah, Times square lah, mana-mana lagi lah.

Tapi sekarang wayang pun tgk 1 je. Masjid Jamek pun sekadar lalu sekali saja. Sebabnya kami lebih banyak duduk berbual sambil makan yang dia paling suka McD. Lepak sampai berejam kat situ berbual. hehe.. tu yang paling best. Mha banyak bercerita pasal itu ini. Tak jemu dengar pun. hehee..

Mha kata dia suka pic neh.. haha... alah comel ke abg?

Sedih giler sebab nanti Mha dah dapat posting kat mana-mana dan dia dah mula kerja. Nanti dah tak der masa lagi nak cuti-cuti panjang. Pastinya bila kerja banyak masa di habiskan di hospital. huhuu.. sedih lagi.

0 comments |

Hero yang terjerit-jerit

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

Haha.. ada satu yang cq perasan bila menonton Transformers (Dark of the moon) yang mana si Hero neh memang sangat sukan menjerit. oh.. sebelum ni jarang sekali kan hero atau watak utama menjerit dengan penuh ketakutan seperti Mr.witwisky neh.





Enjoy sebab leh tengok robot-robot besi yang memang cun, hensem dan best.
Permulaan cerita macam agak slow sampaikan ada pakcik tu terus keluar. Eh dia tak rasa rugi ke. Hehhe.. tapi 45 minit sebelum tamat Michael Bay menyajikan santapan layar yang memang boleh tahan buat kita tak senang duduk.

Heroin baru pun macam comel "semacam" je. Tapi cq rasa lagi best kalau Megan Fox. hihii
Sehari sebelum dah booked tiket tapi lewat sampai. Sebab tgk kat Times Square dgn Mha n funis. Tapi lmbat sampai pula. Then tonton lah pada esok harinye.. Uhh.. dorang memang lambat. Movie start kul nam tp masuk kul 610.. nasib baik iklan panjang.. hahha***



0 comments |

Masjid Jamek

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::





~

Cantik masjid ni.
Singgah solat kat cini maghrib.
dan sempat snap pic mha.
semua ada. perhati betul-betul.

ngantuknye


0 comments |

Jalan-jalan jumpe En.Askar**

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


Wah.. amat bertuah sekali bila di ajak Mha ke UPNM.. (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) apa..? Mha dah nak jadi askar kah?.. eh... bukan lah u ols.. hehe.. his younger brother lah, Muhamad Hazim.. atau fuzimhehe.. best2! sebab?

yang 1 : dah lama sgt x kejumpaan Mha cik qema neh... windu**!!
yang 2: dah le lama sgt cik Qema tidak berjalan-jalan.. Attooii!
yang3: erm.. leh x nak cakap lagi cik Qema windu Mha ! hhehee
Bonus pule: leh joining together family Mha. Semua ada. Hehehe! Malu**

Bestnye Bejalan-jalan kan. Lebih-lebih lagi bersama yang tersayang dan terbest! hehe.. yang sebelah cik Qema tu, Mha n lagi satu Mohd hanis @ funis..
kami tebal pule.. kata Mha..
opss.. patutnya ini pic yang upload kat atas, heheh.. erm yang baju askar tu Fuzim.. masa 1st time jumpa dulu jambu air je muka.. tp bila 1 bulan kat UPNM neh dah jadi garang laa pulak.
jadi semoga berjaya Fuzim dan menjadi pegawai yang berjaya!
dan kak Yong Nisha yang tudung hitam tu~ Sepupu Mha. Nice gurl. hehee

Kami berdua yang dekat2.. bila jauh-jauh masih dekat di hati~ time ni tgh tunggu Fuzim amik sijil cuti ...

Cik Qema suka giler kat budak kecik neh.. Bijak sgt. hehhe.. Bijak pandai orangnye, nama dia Wan Haikal @ Fukai~. anak buah Mha yang 1st.
dia boleh taip kat google search : "game ps3 transformer yang betul-betul punya"
hahha!! Comelnye budak ni!!!
cubit-cubit!
eh.. ktorang tgh makan. sempat lagi bergambar. Baju kamu pink pule Mha. Dalam batu ada taman eh. hhehe..

0 comments |

cita-cita dan angan-angan

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::




sesiapa yang cita-citanya sudah tercapai kat sini sila angkat tangan!
oh.. jika masa kecil2 dulu kita selalu ditanya pasal bila besar mahu jadi apa.
Pasti sekali jawapan semua adalah bidang profesional kan. macam doctor lah,, akauntan lah.. hakim lah.. sama peguam sekali,, sapu semua kan..
hah bila dah besar dah belajar erti hidup barulah kita semua tau macam mana susahnya bila kita nak jadi seseorang. Malahan seseorang yang berjaya lagi dan bukannya gagal.

Teringat time kecik2 dolu.. masa tu masih darjah satu. Tapi belajar kat Terengganu. Srk Merchang Marang. Bila balik kampung famili kat Jeli Kelantan rasa special sangat. Sebab memang susah nak balik kampung. Masa tu abah tak ada kereta lagi. Jadi balik pun dengan bus. heheee.. Ada satu hari tu, Cq duduk dengan abah dan nenek kat tangga umah..Nenek tanya .. bila besar mahu jadi apa. Cik qema ringan mulut jawab 'Cikgu' oh.. nenek balas. Mesti lawa kalu jadi cikgu nii.. hehhe.. Kenapa masa tu dah pilih nak jadi cikgu? sebab Cq tengok masa tu keja cikgu senang giler. haha.. ajar2 balik.. cuti pom banyak.. best.

Tapi lama2 jadi lupa pulak pasal cita-cita tu.. sebab tengok kawan2 yang lain dorang punyer cita2 lagi dasyat .. Nak jadi PM lah.. doktor lah.. Angkasawan lah.. hehhe.. alah cita2 je kan.
Sekarang dah besar. Tak jadi cikgu pun. Bukan rezeki Cq. Mungkin masa depan sedikit lagi. InsyAllah.
Bukan tidak berusaha ke arah cita2 yang satu. Hati tu memang nak sangat jadi cikgu. Sebabnya masa kecik2 selalu ajar budak2 kat kawasan perumahan belajar . hehee..Sweet plak rasa. Ajar je.. tapi bukan amik upah pom.

hah! sekarang dah jad orang lain. Bukan cikgu pulak.Alhamdulillah. Tapi akan terus berusaha!

0 comments |

cantiknya cincin itu!

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


Nak kata Mha neh batu bukan.
Sebab dia lelaki yang boleh buat Cq gelak dan menangis~ hehee.
Tapi itu lah..
dari dulu lagi Mha ni memang suka sangat pada batu-batu dan cincin.
m dulu-dulu Cq memang rasa orang yang pakai batu cincin ni pasti seorang yang pelik-pelik. Yang bermisai tebal. ee.. takut kan.
Jadi bila tau yang Cik Miey neh suka batu dan cincin baru Cq tahui kelebihan dia. Dengan niat yang betul apa yang kita minat mesti mendapat restu dari yang Esa~InsyaAllah.




Ni baru ciput ,, ada banyak lagi .. haha.. boleh simpan satu almari lah..

Dalam banyak-banyak Cq paling suka yang ini.. x tau.. canti sebab pic dia ataupun dia punya warna macam air laici. ehhe.. cantik x? okey x kalau Cq pakai.. tapi Cik Miey x kasi punye.. heheh

waahhh! cantik laa pulak..


ermm..ader awek kat situ.. nampak x..

Yang ni Mha buat sendiri.. Pandainya! Cq suka juga sebab ader banyak batu kecik2 kat tepi tu.. macam warna delima kan.. percaya x ni delima betul hehhe..

Yang ni memang besar sangat..sama besar dengan mata Cq! heheeh..
cincinmu..cincinku jua..
tada
!!!


0 comments |

Cik Qema, Tombiruo, Mha

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

haha! terjumpa lah..

Asalnya cq yang memang syok sendiri bila membaca karya Ramlee Awang Mursyid trilogi Tombiruo. Aduh cerita ini memang sangat menarik dan best! Tentang Amirudin dan Si Tombiruo yang tiada disangka-sangka sebenarnya mempunyai talian darah persaudaraan.
Kisah berkisar tentang hutan Keningau yang mempunyai seribu rahsia.


oh..time ni kamu demam jugakan MHA~


Time Cq membaca novel best ni, MHA pula menjalani latihan praktikal nya di Penang.. Erm tempat tu mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi.
Tapi majoriti masyarakat kat situ ramai yang Chinese.
Oh mula-mula sampai MHA sudah demam-deman.
Jadi Cq pun nak buat banyak mulut cerita lah Tombiruo kat dia.


'Trilogi Tombiruo'

Tak sangka pula dia suka sangat cerita ni.
Sebab Cq cerita A sampai Z.
Hehee..sapu semua licin xder satu babak pun Cq skip.
hehe.. Part yang MHA palang suka time Ejim masuk hutan kat Pahang dan terserempak dengan Harimau yang dah banyak menyerang manusia kat situ.
Last-last Pak Belang yang tewas bila lawan dengan Ejim.
Siap-siap Ejim si Tombiruo mengikat harimau tu pada batang pokok (macam manusia memeluk pokok) kesian harimau tu kan.. tapi lucu sebab harimau tu macam merayu dilepaskan. hehe..


Cq cerita sampai habis ketiga-tiga buku .
Best!
MHA kata itu lah kenangan yang palaing manis antara kami.
ewwaahh! manakan tidak.. pukul dua tiga pagi pun suruh Cq sanbung cerita. huhuu..

0 comments |

Demi Cinta

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::



Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga...
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya


0 comments |

Pedihnya

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::



Aduh.. kenapa hati sangat berasa sedih.
seperti tiada sesiapa lagi yang difikir mahu aku
Setiap luahan pun tidak mampu untuk memahami
ketika ini amat terasa.

0 comments |

resah

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::




Hati resah.

0 comments |

Serius Turunkan!

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

CQ Dah Tembam.. ooohh.. tidakk!!

Sehingga ke hari ini, berat badan CQ turun naik tidak menentu. Sekajap turun sekejap sahaja naik. Aiihh.. selera makan memang sangat bertambah-tampah pula sekarang ni.
hiiihii.. disebabkan itu, CQ dah jarang nak Text Multimedia kat MHA. Dia ada juga bising-bising bertanya kenapa liat sangat nak MMS. Hoh! tau pun . hihii.. CQ dah rasa pipi macam kueh pau yang sedap tu. Haddooi...

Yeah!! berjaya makan ikan bakar! sedap sgt!!


Almaklumlah, setiap pagi mesti nak makan nasi lemak.. huhu.. dah tahu bahaya makan jugak. dah tahu akan menggemukkan makan juga. sebab? Sedap sangat yang akak tu buat~Kalau MHA tau ni** mesti dia cubit2 CQ. huhu.. jangan marah tau.. nak diet laa ni~

Kadang-kadang, CQ puasa juga. Rajin kan diri. Dah malas nak peluhkan diri~ Setakat ini, puasa amat berkesan. Cuma puasa sahaja pada isnin dan khamis, selama 3 minggu, berat CQ sudah turun 2kg, ohh,, mudahnya! tapi bila tgk dah turun tu.. mula lah tak ingat nak puasa lagi.. dah lupa.. pastu p timbang naik lagi 1kg.. huhuu.. ala.. dah tak best kan..

Kami keletihan.. penat lah.. 1 round je pun.. hhaha

Ada juga banyak terfikir sampai nak p gym kat ofis tu. okey jugak kalau p at least lepas keja boleh je nak p. tapi sebab tiada transport dan macam-macam jenayah yang berlaku sekarang ni. Jadi tak berani nak p. Nanti comfom balik malam. Huuuiihh.. Takut lah nak jalan sorang-sorang kat KL ni.

Yeeewww! Buai laju2 sampai rumah Ake!
**rumah MHA pun best jugak.. makn nasi dagang Ma kamu buat~besttnyee!

Kasut yang sangat best pakai walaupun tak pakai stokin.. hahha!

Jadi last solution kena paksakan diri keluarkan peluh dengan berjogging, buat pun time weekend je pun. Kalau sorang memang x nak lah. Tp nasib baik ada juga yang sudi nak temankan.
hiihii.. Tapi time nak bangun p tu yang paling liat.. huhuu.. sebab dah set sabtu kan cuti.. naaaaakkk bangun lambat~ hhaahaa..


ps: Umi cepat tolong belikan i stokin rm0.99 kat Giant tu k.. i nak tiga pasang.. huahuaa!
Thanks Beb!

0 comments |

His Convocation ?

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::



Petang sebentar tadi,MHA ada ajak CQ pegi majlis konvo dia kat Ulu Kinta Perak pada Oktober 2011 nanti. Oh mula-mula CQ memang geramlah sebab majlis konvo CQ dulu dia tak attend pun.

Hah.

Walaupun majlis tu dalam negeri yang sama.

huh!

Geram ler sangat masa itu. Masa itu muka memang tidak berapa nak happy lah.
Sungguh.

Tapi sebab adik beradik CQ yang memang ramai tu datang semua, hati bahagia juga.
Hmm kalau ikut kan hati perempuan memang nak marah-marah lepas tu nak merajuk-merajuksampaitak sudah.

Tapi..,

Tapi mengenangkan kami ini memang jarang sangat nak berjumpa telan sajalah pahit macam manapun.

Masa itu sangat tahu yang MHA adalah orang penting dalam hidup CQ.
Bukan apa hari penting macam itu memang nak semua yang kita sayang ada , betul tak.
Even MHA sendiri nak jugak CQ datang ~



CQ bersama orang paling best masa konvo, Puan Hasila!


SEMOGA BERJAYA!!!

haha,

mula-mula buat-buat tanya nak CQ dtg ke tidak.
Then MHA reply, 'up 2 you lh'

oh,

CQ reply 'maksudnya xnak sangatlah CQ dtgkan?'
hihii.. pastu mula lah dia pusing-pusing cari ayat nak jugak CQ datang.
Hadooii..
Nasib baiklah buah hati~

em, okey lah MHA kt tengok lah macam mana ho.
CQ try tgk jadual ,
kalau okey i try the best for you eh.
Tapikan bila ingat balik pasal konvo itu,
MHA pun ada teman CQ jugak .
Hihi..
Hari sebelum majlis dia sempat teman CQ ambil jubah dekat dewan univeresiti.
dan oleh sebab kami tiada photo bersama pada hari konvo tersebut, kami pose pic kat studio.
haha.
Masa itu sanggup dia ponteng kelas~ huhu.. Then kalau tidak silap, MHA ada exam pula seblah petang CQ konvo tu. Huhuu, Saja tak mahu buat faham~







0 comments |

haha

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

Tidak menang apa-apa pun!

0 comments |

tensionnya!!

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


aduhai... tensionnya kerja hari ni.. Ya Allah tolonglah!

0 comments |

strees management

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

ahhhh!! memang strees kan . Kerja setiap hari non stop. Kerja lima hari pun sibuk nak mc dan aL, inikan pula bila kena datang kerja hari sabtu.. d*** man! time bila nak bagun pagi hari sabtu tu yang paling ***malas*** please lah.. sabtu ahad , is time to rest..


di atas itu apa yang setiap hari cik qema duk bebel dalam rutin seharian. ye lah manusia tidak lepas dari mengeluh, mencemuh.. sila cakap sini siapa yang perfect sangat***


so hari ini cik qema bertemu ilmu pula tentang -pengurusan ketegangan- **ketawa tutup mulut** tp kita lebih biasa dengan strees mgt .
Dr. Azman kata, 75% strees memang patut ada dalam diri kita setiap hari. dan kita hanya boleh me 'reduce' kan 35% shj strees dlm diri. contohnya seperti..


: tidur awal selalu. dari pukul 10mlm ke 2am adalah waktu plh syok bdn kita rehat.
:dont smoke rokok= silent killer!
:re'frame' means, capture kita punya tekanan solve it slowly.


kajian mengatakan .. segala tekanan yang dihadapi akan turut menyebabkan penyumbangan pengakit kritikal seperti kenser , jantung.. dsb..

jadinya bagi yang bekerjaya neh kena harus think +ve selalu~
ohh.. jadi sebab itu lah ramai orang kaya byk sakit jantung..

kan kan..





0 comments |

mimpi,kahwin.

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::




Dear Cik Abang,

oh kenapa tersangat malas mahu menulis di sini..
bila sejak setiap hari cik qema asyik bermimpikan hal perkahwinan.
Tidak kisah lah antara kamu dan cik qema sendiri, malahan hal perkahwinan orang lain pun termasuk sekali.
Itu tidak kira bermimpikan yang betul-betul jadi kahwin dengan yang tidak menjadi.
Jadi malas pun dan bosan pula.
Ada malam itu bermimpikan sepupu cik qema berkahwin di atas jambatan sungai antara dua perkampungan.
Lantas banjir berlaku, habis punah segala bagai hal perkhawinan itu.
Ada juga cik qema bermimpi kahwin tidak menjadi . Padahal pengantin kedua-duanya siap berpakaian pengantin.
haha.
Dan banyak lagi, payah pula nak mengingat satu persatu.
haha~
mimpi mainan tidur saja.

0 comments |

Bosan

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::



oh bosannya bila buat benda yang sama setiap hari .

0 comments |

geram mms hampeh!

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

::12 feb 2011::
**di majlis bertandang Shahril n Hasila**

hihi. "terpaksa" mencelah picture Cik qema hari ini sebab sudah geram dengan MMS pihak tertentu. huhuu.. i tau lah hand phone i x canggih sangat, tapi kalau setakat nak hantar MMS xder masalah pun dulu. tetapi bila sekarang, semakin menjadi-jadi kesukaran menghantar MMS .
aduh~
so , hari ini, sudah lah i busy dengan majlis sanding Hasila n Shahril hand phone pule buat hal nak MMS c.Abang tak dapat pule.
Jadi paste picture kat cini je lah. setel. C. Abang sila tengok. dan senyum okey.

haha!!


0 comments |

nee noo nee noo..

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

"Ada kes athma . kena naek ambulan lagi. nee noo nee noo.."

oh.. masa sekarang sudah jam 115am.
oh sudah lewat pule.
But,
my c.abang kena bagun pula ke rumah kecemasan.
Aduh.
ini kali pertama sejak c.abang praktikal.
emm... nanti mesti selalu macam ini kan.
Cik Qema kena tinggal jika ada kecemasan.
Oh.
Pasrah.

tapi pasti Cik Qema bangga sama kamu c.abang!!

0 comments |
Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

**ehh.. kamu ke ni?**

cik Abang kena menjalani latihan praktikalnya di sungai Petani Kedah.
oh. itu biasa bagi Cik Qema di sini sebab sebelum ni pun dia memang selalu ulang alik dari Alosta ke Sp.
emm.. tapi kali ini lain benar pula cerita. Sedih pun ada.
Cik abang kena seorang diri pula di sana

**mane comel?**

Oh.. Kesian pula kan. emm.. tu lah siapa suruh lambat akad nikah.. hahha..
kalau tidak pasti ada bini boleh buat teman-teman.. hihiihi.. emm..
oleh itu Tersuka pula dia ni pada si cicak yang bergayut pada dinding n siling rumah kuartes tu. aduh.. ape abang ni,.. suka cicak pulak..
Mesti bosan sangat pula bila tiada teman kan.~ Suka tidak mengapa, tapi jangan lebih-lebih macam cincin n batu eh.. hihi. Siap cakap cicak tu ada tahi lalat pule.. mm.. special sangat pulak cicak tu kan abang. hihii..
jangan sedih-sedih duk sorang hoo! cepat Call comel cini!!
muuaahh!

0 comments |

sudah jemu?

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


oh...
Cik Qema memang masih belum jemu.
Tapi jika sudah banyak kali jemu itu datang juga.
Kata pakar motivasi jika hasil masih sama masalah itu ada dalam diri kita sendiri.
Jadi Cik Qema salah?
kenapa tanya sebab jawapan itu sebati sudah dalam hati.
Hanya Allah saja yang tau hati Cik Qema meruntun kecewa.

Jangan Berputus asa. InsyaAllah bahagia mu di hadapan~

0 comments |

terpesona ke..

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


Ah.. cukup nanawan hati
terasa selamat di dalam panduanya
hati berbunga-bunga jika ia bewarna merah tidak pun biru.. mm putih pun menarik.
Ciri keselamatan yang terdapat membuatkan hati lagi terpesona
Untuk status gadis dan bujang memang agak kurang tepat tapi untuk bekerluarga di usia muda memang ini lah pilihan.
Untuk lima tahun ke tujuh tahun pemanduan dan penggunaan tidak sia-sia memilih yang satu pesona di hati.
hihi..
abang, ok tak kalau persona?
sayang kamu abg
dengan pesona di hati
lallaallalalaa

0 comments |

Part1: Hasila~

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


Akirnya tirai 2011 telah dibuka dengan meraikan majlis pernikahan sahabat Cik Qema dunia akhirat. Hati kadang kala berbunga dan kadangkala gelisah. Sebab nanti kami bukan lagi seperti dulu bergelak ketawa di tengah-tengah jalan, melawak tak tentu pasal dan banyak lagi lah yang tidak patut diberitahu di ruangan Cik Qema ni.


**ni haa , pic kita masa muda-muda**


Masa belajar dulu dia juga banyak membantu. Study sama-sama, fokus sama-sama. Semua yang kami pernah lalui adalah yang paling terbaik yang pernah dilakukan. Kami memang berusaha gigih. Tanpa pernah ponteng satu pun kelas. Tanpa pernah gagal menghantar tugasan yang diberikan pensyarah. oh.. begitu manis untuk dikenang. semua itu sokongan padu dari Hasila~

**Wish u moga cepat dapat anak. amin.**

Hah.. Bila teringat kali pertam jumpa Hasila kecil molek orangnya. Bijak dan putih. haha.
Sepanjang tiga tahun belajar di universiti utara masa telah merapatkan kami. Dunia kami hanya berdua sahaja. Kemana pun mesti berdua.

jika dulu Cik Qema memang seorang yang independent. Kemana pergi tidak kisah seorang diri. Tapi bila kenal Hasila baru terasa bila kemana pun tak senang seorang. Terasa janggal sekali.

::Kak Akma nak p mana?
:Mall uniMart
::La nak ikut
:eh, Tak payah lah.Nanti penat pulak bila balik
::Tak pelah! La nak ikut jugak!
:Tak payah lah. dah p balik.
::nak ikut jugak!! biarlah nak ikut jugak!!
:Em. Okey jom. Kalau penat jangan bising-bising~

Hasila memang macam tu. Sampai kami tinggal serumah pun masih bertanya bila Cik Qema angkat punggung nak ke tandas! Aduh!! haha.. Tapi bila dah Hasila Move, tak ada pula yang sibuk nak bertanya itu ini.
**siyes!! k.akma suka baju neh. nak pinjam! hehehe**



Teringat juga malam Annual Dinner MOT 2008. Bila melihat balik gambar yang diambil. Oh hanya wajah kami berdua yang sibuk berposing. Hahaha.. Memang terasa sangat rugi sebab tiada photo dengan yang lain tapi hakikat kami seperti belangkas. Namum kami sehati dan sejiwa. Ramai yang kata macam adik beradik. haha!

Sekarang kami dah membawa haluan sendiri. Berjauhan. Masa juga yang membawa lari kehidupan kami yang sudah jauh berbeza. Masing-masing akur dengan kehendak naluri. Cik Qema masih sendiri. Cuma sekarang ini bahagia seperti bulan yang dipagari bintang terang. Menzahirkan pandagan pada dada malam yang indah. Namun, Hasila bagai bulan yang jatuh ke riba seorang putera., Maka Bahagialah Sang Putera tiada terperi berteman kan Hasila.

Didoakan untuk mu hasila, dipermudahkan segala urusan kelak, dimurahkan rezeki dan zuriat yang soleh dan solehah. Berpanjangan kebahagiaan di hadapanmu.

SELAMAT PENGANTIN BARU 05 FEB 2011



0 comments |

Popular Posts

Total Pageviews

Lihat! Ini Saya Lagi.Fb!

TentangCikQemaManis

My photo
~CIk Qema!~ Jalan Lenggang-lenggok!

Cari Jangan tak Cari

banner 1 banner 2