Part1: Hasila~

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


Akirnya tirai 2011 telah dibuka dengan meraikan majlis pernikahan sahabat Cik Qema dunia akhirat. Hati kadang kala berbunga dan kadangkala gelisah. Sebab nanti kami bukan lagi seperti dulu bergelak ketawa di tengah-tengah jalan, melawak tak tentu pasal dan banyak lagi lah yang tidak patut diberitahu di ruangan Cik Qema ni.


**ni haa , pic kita masa muda-muda**


Masa belajar dulu dia juga banyak membantu. Study sama-sama, fokus sama-sama. Semua yang kami pernah lalui adalah yang paling terbaik yang pernah dilakukan. Kami memang berusaha gigih. Tanpa pernah ponteng satu pun kelas. Tanpa pernah gagal menghantar tugasan yang diberikan pensyarah. oh.. begitu manis untuk dikenang. semua itu sokongan padu dari Hasila~

**Wish u moga cepat dapat anak. amin.**

Hah.. Bila teringat kali pertam jumpa Hasila kecil molek orangnya. Bijak dan putih. haha.
Sepanjang tiga tahun belajar di universiti utara masa telah merapatkan kami. Dunia kami hanya berdua sahaja. Kemana pun mesti berdua.

jika dulu Cik Qema memang seorang yang independent. Kemana pergi tidak kisah seorang diri. Tapi bila kenal Hasila baru terasa bila kemana pun tak senang seorang. Terasa janggal sekali.

::Kak Akma nak p mana?
:Mall uniMart
::La nak ikut
:eh, Tak payah lah.Nanti penat pulak bila balik
::Tak pelah! La nak ikut jugak!
:Tak payah lah. dah p balik.
::nak ikut jugak!! biarlah nak ikut jugak!!
:Em. Okey jom. Kalau penat jangan bising-bising~

Hasila memang macam tu. Sampai kami tinggal serumah pun masih bertanya bila Cik Qema angkat punggung nak ke tandas! Aduh!! haha.. Tapi bila dah Hasila Move, tak ada pula yang sibuk nak bertanya itu ini.
**siyes!! k.akma suka baju neh. nak pinjam! hehehe**



Teringat juga malam Annual Dinner MOT 2008. Bila melihat balik gambar yang diambil. Oh hanya wajah kami berdua yang sibuk berposing. Hahaha.. Memang terasa sangat rugi sebab tiada photo dengan yang lain tapi hakikat kami seperti belangkas. Namum kami sehati dan sejiwa. Ramai yang kata macam adik beradik. haha!

Sekarang kami dah membawa haluan sendiri. Berjauhan. Masa juga yang membawa lari kehidupan kami yang sudah jauh berbeza. Masing-masing akur dengan kehendak naluri. Cik Qema masih sendiri. Cuma sekarang ini bahagia seperti bulan yang dipagari bintang terang. Menzahirkan pandagan pada dada malam yang indah. Namun, Hasila bagai bulan yang jatuh ke riba seorang putera., Maka Bahagialah Sang Putera tiada terperi berteman kan Hasila.

Didoakan untuk mu hasila, dipermudahkan segala urusan kelak, dimurahkan rezeki dan zuriat yang soleh dan solehah. Berpanjangan kebahagiaan di hadapanmu.

SELAMAT PENGANTIN BARU 05 FEB 2011



0 comments |

Popular Posts

Total Pageviews

Lihat! Ini Saya Lagi.Fb!

TentangCikQemaManis

My photo
~CIk Qema!~ Jalan Lenggang-lenggok!

Cari Jangan tak Cari

banner 1 banner 2