Dulu..M.H.A~Suka Sony K810i

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

**hp pujaan M.H.A**


Mula-mula kenal M.H.A tidak pernah menjangka yang lelaki ini amat minat terhadap sesuatu benda. Pada dasarnya nada dan tone percakapan amat biasa saja didengar. Cik Qema hanya berpendapat yang lelaki ini sememangnya sangat suka bercerita tentang itu dan ini. Setiap hari ada saja yang mahu diperbualkan. Cik Qema selesa. kerana dia membuatkan Cik Qema tidak pernah merasa bosan dan sunyi** . Lelaki ini suka menilai serta menganalisis setiap apa yang terlintas. Namun lelaki ini juga sama sekali tidak suka memburukan nama yang lain. Cik Qema suka!

Awal perkenalan, M.H.A asyik bercerita mengenai sebuah telefon bimbit yang memang mula terkenal pada penghujung tahun 2008. Oh, memang telefon keluaran Sony Ericson pada masa itu amat mendapat sambutan dikalangan masayarakat Malaysia. Virus tersebut mula menerokai minda M.H.A.

Dari pada itu, lelaki ini telah mula bercerita mengenai fungsi dan kegunaan serta kecanggihan telefon tersebut. Oh Cik Qema memang tidak berkata apa-apa cuma mendengar dengan penuh minat. Namun, topik telefon itu mula menjadi topik utama selama dua minggu berturut-turut. Dan Cik Qema mulai bosan (memang sesiapa pun bosan bila mendengar benda yang sama) ehhe.

Dan, akhirnya masa masih malu-malu lagi untuk keluar berdating, M.H.A telah mengeluarkan hp tersebut dari poket seluarnya. Cik Qema nak kata terkejut boleh lah juga. Jadi inilah hp yang menjadi topik perbualan hangat antara kami sejak berbulan bulan lamanya. Alhamdulillah, jadi tidak perlu lagi bercerita topik yang sama. Oyes! Hehe.. Tahniah M.H.A. Kamu menjadikan minatmu suatu yang pasti~

Terbaru dia bising-bising pula pasal Hp blackberry, oh, adakah Cik Qema kena mengharungi lagi kali ini. Em.Kita tunggu dan lihat sajalah.


PleaseTakeNoteU:
HeStillUsingTheSameHpTillNow!

2 comments |

M.H.A Cik Qema

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

My M.H.A~ Awesome u!


M.H.A, sinonim dengan Cik Qma. Hehe.. eh, kalau kata sinonim maknanya sama dan seerti. Tapi Cik Qma perempuan dan M.H.a adalah seorang lelaki. Cik Qema rendah sedikit (bukan pandek ye) M.H.A tinggi lampai. Oh, Cik Qma comel, M.H.A comel-comel. Hihihi.. Best!

Orang kata hati akan bersatu bila kebanyakkan yang kita suka turut sama disukai pasangan. Begitukah sebenarnya? Jenuhlah nak cari seorang yang suka sama dengan kita. Yang setuju dengan semua pendapat kita. Yang tidak bangkang dengan apapun kata kita. Bagi pendapat Cik Qma sendiri bukan begitu mahu mencari pasangan yang padan. Sesetengah perkara memang perlu sama. Tapi mungkin yang lainnya pasangan yang menyuarakan pendapat kalau ianya bagus apa salahnya kita menyokong.

..

M.H.A Cik Qma orang nya sangat special . Wah! Teruja hati bila kalau ada jodoh antara kami. InsyaALLAH. Nak kata sempurna tidak lah begitu sekali, sebab mana ada orang yang sempurna. Tapi Cik Qema memang rasa amat bertuah kerana dipertemukan dengan M.H.A Pakar dalam memberi nasihat. Dalam garangnya ada lembutnya. Dalam tegasnya ada baiknya.

Oh, sesiapa pun punyai minat. Bagi M.H.A minat adalah sesuatu yang membawa dirinya maju. Baginya minat ini umpama matlamat yang harus dicapai. Minat bukan sekadar minat, tapi minat yang berteraskan kepada ajaran agama Islam yang tidak pernah ada kekurangan. Cik Qma kagum dengan M.H.A. Pendapat Cik Qema, jika minat itu selari dengan ajaran ia adalah lagi beerti.

Tapi kadang-kadang M.H.A obses pula dengan minatnya. Oh. Okey. Pada masa itu dia akan bercakap mengenai minat baru itu sampai berjam lamanya. Nasib baiklah Cik Qema ni pendengar yang setia. Tidak seperti kebanyakan lelaki biasa. M.H.A punyai minat yang berbeza yang menjadikan dirinya lelaki yang Cik Qema suka!

Ilmu di dada dikongsi bersama. Cik Qma senang dengannya. Bukankah lelaki harus menjadi penyelamat kepada perempuan itu? Alhamdulillah. Segalanya mungkin bagi Cik Qema dan M.H.A.

PleaseTakeNoteU!:
M.H.APenUh!heehe

3 comments |

Cinta Taj Mahal

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


**Mahu ke sini**


Oh, pada asalnya terasa biasa sangat pada nama Taj Mahal itu. Pada umumnya juga ia termasuk dengan 7 benda ajaib yang ada di dunia. Kebanyakkan mereka yang telah pergi ke situ teruja dengan ciri binaan nya yang indah.

setiap gambar yang diambil pula bagai sebuah lukisan. Begitu hebatnya penangan Taj Mahal. Cik Qma tidak pula pernah terfikir mahu melawat istana cinta itu. Tapi melalui apa yang Cik Qema baca~ Tempat iu harus dikunjungi. Demi melihat sebuah ukiran yang membawa maksud kasih sayang yang agung.

Lokasi Taj Mahal terletak dipinggir sungai Jumma berhampiran dengan Arga. Wujudnya Taj Mahal adalah kerana bukti cinta dan kasih sayang Pemerintah Empayar Mogul Iaitu Maharaja Shah Jahan.


**Maharaja Shah Jahan**


Difahami Maharaja Shah Jahan mempunyai ramai gundik. Setiap gundiknya menerima kadar bayaran yang berlainan. Dan yang paling termahal menerima bayaran adalah Mumtaz Mahal. Isteri Maharaja yang ketiga itu juga seorang yang sangat cantik. Shah Jahan banyak menghabiskan masa bersama dengan mumtaz. Serta pada masa itu juga Mumtaz adalah merupakan pnasihatnya yang paling dekat. Mumtaz yang paling kaya.


Maharaja Shah Jahan adalah raja yang adil dan bijaksana. Namun semasa pemerintahanya, berlaku pemberontakan di kawasan taklukannya. Di mana, penduduk di kawasan itu tidak mahu tunduk kepada pemerintah Empayar Mogul tersebut.


Shah Jahan telah memutuskan untuk pergi berperang serta telah membawa Mumtaz bersama. selama dua tahun meluaskan tanah jajahanya, Mumtaz telah hamil kesekian kalinya. Namun semasa melahirka anak mereka yang ke 14, Mumtaz telah mengalami masalah semasa kontraksi. Melihat keadaan tersebut,Maharaja telah bersusah hati, Shah Jahan telah melakukan solat dan berdoa. Akhirnya Mumtaz tetap menghembuskan nafasnya setelah melahirkan.



**Maharani Mumtaz Mahal**

Shah Jahan Bersedih. Beliau duduk terkurung tidak mahu makan sehingga dia kelihatan begitu tua. Namun permintaan terakhir Mumtaz sebelum kematianya adalah agar Shah Jahan menyiapkan sebuah makan yang indah setelah dia meninggal kelak.



**Makam Mumtaz dan Shah Jahan**


Setahun bermuram, Shah Jahan telah memanggil seorang Arkitek yang termasyur di India ketika itu Ustaz Ahmad Lahauri. Meminta supaya arkitek tersebut menyiapkan sebuah makam yang agung bukti cinta dan kasihnya pada Mumtaz.


Tukang emas, tukang batu terhandal di seluruh india telah dipangil untuk menyipakan Taj Mahal tersebut. Terdapat 28 jenis batu telah digunakan untuk menghiasi Taj Mahal. Shah Jahan mengarahkan untuk membina bangunan yang bewarna putih dan telah memilih batu marmar putih serta mencampurkan dengan seni mozek yang indah. Antara batu yang telah digunakan untk Taj Mahal ialah batu permata, berlian, jed, topaz serta nilam. sebab itulah Taj Mahal begitu kelihatan bercahaya.


**Khat dari Parsi**


Taj Mahal terbina hasil gabungan makam-makam indah dari seluruh keturunan milik Maharaja tersebut. Semasa pembinaannaya masyarakat telah mengalami kebuluran. Makanan asasi penduduk iaitu gandum telah mengalami kekurangan agihan. Kebanyakan gandum telah dihantar ke kawasan pembinaan untuk seluruh pekerja yang menyiapkan Taj Mahal. Di dapati terdapat lebih kurang 20000 pekerja di kawasan tersebut.

Taj Mahal dibina pada tahun 1632 dan telah siap pada 1653. Binaan Taj mahal merangkumi masjid, makam, menara tinjau, taman serta dewan. Seni bina Taj mahal deperhalusi dengan Gabunganukiran dari Parsi, Turki, serta India. Di dapati juga seni Khat turut dizahirkan pada Taj Mahal. Terdapat surah-surah terpilih menghiasi taj mahal Antaranya ialah surah 91 serta 112 dan selainnya. Juru Khat terpilih adalah dari parsi iaitu Aamanat Khan.

Bercerita tentang Taj Mahal ini tiada sudahnya. Cik Qma punboleh berkongsi sedikit saja. Itu pun terlihat channel History kat astro petang tadi. Kagum pada Shah Jahan kerana kasih sayangnya pada Mumtaz. Walaupun dia mempunyai ramai gundik.

Ada pendapat juga mengatakan kita hidup di muka bumi adalah sebab Maha Pengasih Pencipta kita. Kasih sayang dari yang Khalik sukar ditandingi. Kasih kepada Pencipta adalah yang paling abadi dan ampuh. Walau tiada seorang pun di muka bumi ini tiada menyangi ingatlah Maha Pencipta adalah yang Maha, Maha lagi pengasih.

PleaseTakeNote
~AkuCintaMuYaRabb~

0 comments |

KepadaMu Kekasih

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::




KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini


...............................
~Rinduku pada Mu wahai Maha Pengasih
tiada bertepi.

0 comments |

Gantung~

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::




Akhirnya sudah tiga bulan berlanjutan.
Cik Qema memang sangat bersusah hati.
Kenapa ya begini. Akhirnya yang lain juga dapat dulu. Yang lain juga jadi tatapan isimewa. Oh , tidakkah hati Cik Qema sangat mempunyai hasad dengki dan cemburu. Oh, tidakkah Cik Qema tahu masa semakin singkat.

Aduh. Memang sakit bila diri diketepikan. Pernah merasa sebegitu? Cik Qema terluka. Oh, adakah Cik Qema mengikhlaskan segalanya? Cik Qema tahu, sebagai seorang insan yang lemah memang mula merasa ianya tidak adil walau sekelumit pun. Tapi itukan sudah takdir yang Esa.

Oh, tidak tertanggung rasanya diri. Nurani Cik Qema sakit sekali. Pada siapa lagi yang memahami. Sedih sekali. Jika diluahkan rasa terluka itu dalam sekali. Cik Qema akan terluka lagi. Allah yang Agung, sungguh berat dugaan-Mu.

Hati Cik Qema tidak mampu lagi. Dan jika berhati batu, kenapa hati itu ada pada Cik Qema~? Kenapa tidak pada orang lain.

0 comments |

Popular Posts

Total Pageviews

Lihat! Ini Saya Lagi.Fb!

TentangCikQemaManis

My photo
~CIk Qema!~ Jalan Lenggang-lenggok!

Cari Jangan tak Cari

banner 1 banner 2