Dulu..M.H.A~Suka Sony K810i

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

**hp pujaan M.H.A**


Mula-mula kenal M.H.A tidak pernah menjangka yang lelaki ini amat minat terhadap sesuatu benda. Pada dasarnya nada dan tone percakapan amat biasa saja didengar. Cik Qema hanya berpendapat yang lelaki ini sememangnya sangat suka bercerita tentang itu dan ini. Setiap hari ada saja yang mahu diperbualkan. Cik Qema selesa. kerana dia membuatkan Cik Qema tidak pernah merasa bosan dan sunyi** . Lelaki ini suka menilai serta menganalisis setiap apa yang terlintas. Namun lelaki ini juga sama sekali tidak suka memburukan nama yang lain. Cik Qema suka!

Awal perkenalan, M.H.A asyik bercerita mengenai sebuah telefon bimbit yang memang mula terkenal pada penghujung tahun 2008. Oh, memang telefon keluaran Sony Ericson pada masa itu amat mendapat sambutan dikalangan masayarakat Malaysia. Virus tersebut mula menerokai minda M.H.A.

Dari pada itu, lelaki ini telah mula bercerita mengenai fungsi dan kegunaan serta kecanggihan telefon tersebut. Oh Cik Qema memang tidak berkata apa-apa cuma mendengar dengan penuh minat. Namun, topik telefon itu mula menjadi topik utama selama dua minggu berturut-turut. Dan Cik Qema mulai bosan (memang sesiapa pun bosan bila mendengar benda yang sama) ehhe.

Dan, akhirnya masa masih malu-malu lagi untuk keluar berdating, M.H.A telah mengeluarkan hp tersebut dari poket seluarnya. Cik Qema nak kata terkejut boleh lah juga. Jadi inilah hp yang menjadi topik perbualan hangat antara kami sejak berbulan bulan lamanya. Alhamdulillah, jadi tidak perlu lagi bercerita topik yang sama. Oyes! Hehe.. Tahniah M.H.A. Kamu menjadikan minatmu suatu yang pasti~

Terbaru dia bising-bising pula pasal Hp blackberry, oh, adakah Cik Qema kena mengharungi lagi kali ini. Em.Kita tunggu dan lihat sajalah.


PleaseTakeNoteU:
HeStillUsingTheSameHpTillNow!

2 comments |
  1. bloghopping jumpa blog u yeay!

    salam kenal ^__^

  1. hye! wah.. jalan2 jumpe blog i pule .. hehe.. salam kenal juga!

Popular Posts

Total Pageviews

Lihat! Ini Saya Lagi.Fb!

TentangCikQemaManis

My photo
~CIk Qema!~ Jalan Lenggang-lenggok!

Cari Jangan tak Cari

banner 1 banner 2