Cinta Taj Mahal

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::


**Mahu ke sini**


Oh, pada asalnya terasa biasa sangat pada nama Taj Mahal itu. Pada umumnya juga ia termasuk dengan 7 benda ajaib yang ada di dunia. Kebanyakkan mereka yang telah pergi ke situ teruja dengan ciri binaan nya yang indah.

setiap gambar yang diambil pula bagai sebuah lukisan. Begitu hebatnya penangan Taj Mahal. Cik Qma tidak pula pernah terfikir mahu melawat istana cinta itu. Tapi melalui apa yang Cik Qema baca~ Tempat iu harus dikunjungi. Demi melihat sebuah ukiran yang membawa maksud kasih sayang yang agung.

Lokasi Taj Mahal terletak dipinggir sungai Jumma berhampiran dengan Arga. Wujudnya Taj Mahal adalah kerana bukti cinta dan kasih sayang Pemerintah Empayar Mogul Iaitu Maharaja Shah Jahan.


**Maharaja Shah Jahan**


Difahami Maharaja Shah Jahan mempunyai ramai gundik. Setiap gundiknya menerima kadar bayaran yang berlainan. Dan yang paling termahal menerima bayaran adalah Mumtaz Mahal. Isteri Maharaja yang ketiga itu juga seorang yang sangat cantik. Shah Jahan banyak menghabiskan masa bersama dengan mumtaz. Serta pada masa itu juga Mumtaz adalah merupakan pnasihatnya yang paling dekat. Mumtaz yang paling kaya.


Maharaja Shah Jahan adalah raja yang adil dan bijaksana. Namun semasa pemerintahanya, berlaku pemberontakan di kawasan taklukannya. Di mana, penduduk di kawasan itu tidak mahu tunduk kepada pemerintah Empayar Mogul tersebut.


Shah Jahan telah memutuskan untuk pergi berperang serta telah membawa Mumtaz bersama. selama dua tahun meluaskan tanah jajahanya, Mumtaz telah hamil kesekian kalinya. Namun semasa melahirka anak mereka yang ke 14, Mumtaz telah mengalami masalah semasa kontraksi. Melihat keadaan tersebut,Maharaja telah bersusah hati, Shah Jahan telah melakukan solat dan berdoa. Akhirnya Mumtaz tetap menghembuskan nafasnya setelah melahirkan.



**Maharani Mumtaz Mahal**

Shah Jahan Bersedih. Beliau duduk terkurung tidak mahu makan sehingga dia kelihatan begitu tua. Namun permintaan terakhir Mumtaz sebelum kematianya adalah agar Shah Jahan menyiapkan sebuah makan yang indah setelah dia meninggal kelak.



**Makam Mumtaz dan Shah Jahan**


Setahun bermuram, Shah Jahan telah memanggil seorang Arkitek yang termasyur di India ketika itu Ustaz Ahmad Lahauri. Meminta supaya arkitek tersebut menyiapkan sebuah makam yang agung bukti cinta dan kasihnya pada Mumtaz.


Tukang emas, tukang batu terhandal di seluruh india telah dipangil untuk menyipakan Taj Mahal tersebut. Terdapat 28 jenis batu telah digunakan untuk menghiasi Taj Mahal. Shah Jahan mengarahkan untuk membina bangunan yang bewarna putih dan telah memilih batu marmar putih serta mencampurkan dengan seni mozek yang indah. Antara batu yang telah digunakan untk Taj Mahal ialah batu permata, berlian, jed, topaz serta nilam. sebab itulah Taj Mahal begitu kelihatan bercahaya.


**Khat dari Parsi**


Taj Mahal terbina hasil gabungan makam-makam indah dari seluruh keturunan milik Maharaja tersebut. Semasa pembinaannaya masyarakat telah mengalami kebuluran. Makanan asasi penduduk iaitu gandum telah mengalami kekurangan agihan. Kebanyakan gandum telah dihantar ke kawasan pembinaan untuk seluruh pekerja yang menyiapkan Taj Mahal. Di dapati terdapat lebih kurang 20000 pekerja di kawasan tersebut.

Taj Mahal dibina pada tahun 1632 dan telah siap pada 1653. Binaan Taj mahal merangkumi masjid, makam, menara tinjau, taman serta dewan. Seni bina Taj mahal deperhalusi dengan Gabunganukiran dari Parsi, Turki, serta India. Di dapati juga seni Khat turut dizahirkan pada Taj Mahal. Terdapat surah-surah terpilih menghiasi taj mahal Antaranya ialah surah 91 serta 112 dan selainnya. Juru Khat terpilih adalah dari parsi iaitu Aamanat Khan.

Bercerita tentang Taj Mahal ini tiada sudahnya. Cik Qma punboleh berkongsi sedikit saja. Itu pun terlihat channel History kat astro petang tadi. Kagum pada Shah Jahan kerana kasih sayangnya pada Mumtaz. Walaupun dia mempunyai ramai gundik.

Ada pendapat juga mengatakan kita hidup di muka bumi adalah sebab Maha Pengasih Pencipta kita. Kasih sayang dari yang Khalik sukar ditandingi. Kasih kepada Pencipta adalah yang paling abadi dan ampuh. Walau tiada seorang pun di muka bumi ini tiada menyangi ingatlah Maha Pencipta adalah yang Maha, Maha lagi pengasih.

PleaseTakeNote
~AkuCintaMuYaRabb~

0 comments |

Popular Posts

Total Pageviews

Lihat! Ini Saya Lagi.Fb!

TentangCikQemaManis

My photo
~CIk Qema!~ Jalan Lenggang-lenggok!

Cari Jangan tak Cari

banner 1 banner 2