Saya Mahu sihat selalu *-*

Author: ~The One Who's Hate To Go~ Labels::

Taman Tasik Tititwangsa
Alhamdulillah.
Diri bergumam sendirian ketika turun dari kereta Cik Hasila, kaki melangkah ke tempat yang baru pertama kali dikunjungi. Taman Tasik Titiwangsa. Jauhnya hanya lebih kurang 5minit dari Taman Setapak Indah. Ramai juga dilihat masyarakat setempat berkunjung ke taman itu hanya untuk mengeluarkan peluh dan ada juga yang hanya membawa bahan bacaan untuk membaca.

Pendapatku, ramai juga rakyat malaysia yang mula menyedari betapa pentingnya kesihatan.
Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan badanku berasa nyaman berada di situ. Luasnya. Dan cantik. Aku hanya bersorak riang bila melihat terdapat alat senaman secara insitu. Wah ini memang tempat yang menarik. Playground turut disediakan untuk kanak-kanak bermain di situ bersama keluaraga.

Kata Cik Hasila, mahu membuat Warm-up di hadapan sebuah sign-board yang bercermin sederhana terang. Oh, ada juga ke? Katanya lagi sign-board itu membuatkan kita nampak langsing dan kurus. Sekaligus memotivasikan diri untuk menurunkan berat badan. Dan ternyata, ulah Cik Hasila itu ada benarnya. Kami ber Warm-Up di situ juga~ aku bersemangat sampai terjatuh.

Kemudian kami berlari dengan langkah yang perlahan dan teratur. Dinasihatkan semasa ber- jogging pernafasan haruslah betul supaya udara yang dihirup sampai keseluruh anggota badan. Bernafas dengan menggunakan hidung dan menghembusnya dengan menggunakan mulut.

Hampir beberapa minit~ aku hampir terhenti-henti. Cik Hasila maju meneruskan larianya sekadar berlari perlahan Oh, ramai juga yang ber-jogging sampai larian tersekat-sekat. Akhirnya tamat juga larian. 90% daripada 1 pusingan. Hebat. Luasnya tempat ni.

Kami mencuba beberapa peralatan senaman insitu di situ. Seronok sekali. Kerana berebut rebut dengan pengungjung yang lain. Ah yang penting aku dapat. Kami tergelak-gelak. Hampir satu jam, kami sudah berpeluh. Mahu pulang dan tidak lupa untuk warming down. Berjalan pulang ada pula yang mengurat. Kali ni bukan aku yang kena tapi cik Hasila. Tergelak* seperti biasa kami buat tak tahu saja dan pandang depan terus. Lucu*

Kalau boleh, setiap minggu mahu ke sini. Bukan apa, cuma mahu sihat saja. Biar badan berstamina dan sihat. Jauh dari kesakitan yang tak diundang. Supaya diri boleh menjalani ibadah harian. Supaya diri tidak lalai menjalani tanggungjawab sebagai hamba-Nya. Tapi diri hanya mampu berserah.


PleaseTakeNote:
Firman Allah:
"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu)
yang bermacam-macam warnanya,
di dalamnya terdapat penawar
yang menyembukan bagi manusia"
Surah An-Nahl Ayat 68-69.




0 comments |

Popular Posts

Total Pageviews

Lihat! Ini Saya Lagi.Fb!

TentangCikQemaManis

My photo
~CIk Qema!~ Jalan Lenggang-lenggok!

Cari Jangan tak Cari

banner 1 banner 2